Giant Leap Forward by Anurendra Jegadeva, Collection of Dipak Kaur & Arjit Singh

Giant Leap Forward oleh Anurendra Jegadeva

MARI BAYANGKAN SEMULA MASA DEPAN MALAYSIA

Kami ingin mewujudkan ruang bagi membimbing visi masa depan yang luas untuk Malaysia. Perspektif ini merangkumi hubungan yang lebih mendalam dengan sains, teknologi dan pelbagai seni dalam medium sastera, falsafah, filem dan muzik.
Dengan membayangkan semula dan mewujudkan alternatif yang lebih baik untuk masa depan Malaysia, kita membebaskan diri dari andaian kita sendiri tentang apa yang mungkin.
Kemudian, kita dapat membayangkan jalan ke hadapan dengan visi yang lebih berani dan pelbagai haluan penuh harapan untuk masa depan Malaysia.

Kreativiti dan seni dapat mencerminkan dan memberi kesan kepada masyarakat. Ia memainkan peranan penting dalam mempengaruhi cara kita berkomunikasi, menyerap maklumat dan mengambil tindakan. Seni dan aktivisme memperkasakan perubahan sosial bagi menggalakkan penglibatan yang lebih mendalam dalam isu-isu sosial yang dapat memberi kesan positif kepada masyarakat. Seni dan aktivisme turut mewujudkan komuniti dan ekonomi yang lebih bersemangat.

Kreativiti dapat membantu kita meneroka nilai yang dikongsi bersama, mencetuskan imaginasi, inovasi dan kemajuan untuk komuniti kita. Namun, kreativiti dan seni merupakan pemangkin yang sering dipandang rendah dalam mewujudkan komuniti yang adil dan lestari. Kita hidup di dunia di mana ia semakin penting untuk menangani masalah-masalah sosial yang mendesak. Tidak ada masa yang lebih baik untuk memperkasakan rakyat Malaysia bagi membuat penilaian dan menggunakan kemahiran artistik dan kreatif mereka untuk membuat karya yang mencetuskan perbualan, meningkatkan kesedaran masyarakat, menyalakan semangat manusia dan mempersoalkan apa artinya hidup bersama umat manusia.

The Project Future Malaysia diinspiraikan dari genre fiksyen spekulatif dalam dunia sastera dan juga istilah ‘Afrofuturisme’ yang ditakrifkan sebagai estetika budaya yang menggabungkan sains-fiksyen, sejarah dan fantasi untuk meneroka unsur-unsur sejarah hitam dan budaya”. Projek ini meneroka tema dan permasalahan rakyat Malaysia dengan membayangkan semula kemungkinan masa depan negara.

“Gambaran tentang hari esok memberi kesan yang mendalam kepada dunia hari ini.

Renungan tentang masa depan Bumi dapat membantu kita untuk berehat sejenak dari kehidupan seharian- memperkaya imaginasi kita dengan membawa fikiran ke tempat dan masa yang lain. Para pelatih korporat mengesyorkan kita untuk berehat dari corak pemikiran kita yang biasa bagi menjalani kehidupan dengan cara baru dan mengatasi halangan mental atau ‘mental blocks’. Saintis kognitif juga telah mengkaji bahawa kreativiti dapat dicetuskan dengan melihat “sesuatu yang anda belum pernah lihat sebelumnya (tetapi selama ini telah ada).”


Anda dapat menyisihkan beberapa minit setiap hari untuk jangka panjang. Berimaginasi tentang dunia dapat meningkatkan ketangkasan mental dalam menavigasi beberapa skala masa yang saling berinteraksi. Ini dapat memupuk empati yang mendalam terhadap landskap, manusia, dan organisma lain sepanjang beberapa dekad, abad, dan ribuan tahun. Ketika krisis ekologi global terus meningkat, empati terhadap planet akan menjadi penting bagi kelangsungan hidup kita bersama.

Petikan dari Ialenti, V., 2021, The Art of Pondering Earth’s Distant Future, Scientific American
Dikala semangat negara kita dilemahkan oleh pandemik Covid-19, kita memerlukan idea imaginatif baru dan solusi-solusi kreatif untuk menghidupkansemula jiwa bangsa ini.
Project Future Malaysia mengajak rakyat Malaysia di seluruh dunia untuk melihat kemajuan masa depan negara kita dengan lensa yang berbeza sambil memikirkan semula jalan menuju pemulihan.
Inti projek ini menyokong positiviti yang bebas dan berfikiran maju; meraikan keunikan masyarakat dan negara kita yang majmuk dan berbilang budaya.

Contoh-contoh personalan kreatif untuk memikirkan masa depan Malaysia: 

  • Bagaimana rupa Malaysia yang lestari dalam 100 tahun akan datang?
  • Dari manakah sumber makanan Malaysia pada masa hadapan?
  • Seberapa adil dan inklusif masa depan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan kepercayaan?
  • Bagaimana keadaan Malaysia jika kita masih diperintah oleh kerajaan British? Apa yang berlaku jika negara tidak pernah mencapai kemerdekaan? Bagaimana keadaan Malaysia jika kita tidak pernah dijajah?
  • Bagaimana perkembangan Malaysia sekiranya kejadian 13 Mei tidak pernah berlaku?
  • Bagaimana masa depan Malaysia jika sebarang pembalakan tidak pernah berlaku?
  • Bagaimana hubungan rakyat Malaysia dengan teknologi pada masa hadapan? Apakah implikasinya kepada masyarakat kita?

DUA CARA ANDA BOLEH MENYERTAI

Komponen pertama adalah ungkapan minat untuk mengkomisikan 10 penulis, seniman dan pengamal kreatif Malaysia yang berada di mana sahaja di dunia untuk membuat karya baharu. Karya boleh dalam bentuk seni apa pun yang menarik, memberi inspirasi dan mencetuskan perbualan, dan dapat dikongsikan secara meluas. Karya-karya ini perlu memberi respons kepada tiga tema:

10 penyertaan akan menerima RM850 dan karya mereka akan dipaparkan di laman web dan platform media sosial Project Future Malaysia.

  • Hak asasi manusia, demokrasi dan kedaulatan undang-undang, termasuk mencegah kekerasan seksual dalam konflik, mengurangkan perhambaan moden, kebebasan media dan mempromosikan pendidikan wanita.
  • Perubahan iklim, alam sekitar dan kelestarian, termasuk ancaman terhadap spesies terancam.
  • Hubungan antarabangsa dan politik, termasuk mempererat hubungan antara negara-negara dan masyarakat.

TARIKH-TARIKH PENTING

  • Tarikh akhir untuk penyerahan:
    20 Oktober 2021
  • Penyertaan yang berjaya akan diumumkan pada:
    10 November 2021
  • Kerja mesti diselesaikan pada:
    20 Disember 2021

Komponen kedua terbuka untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia untuk berkongsi idea imaginatif dan solusi kreatif bagi membayangkan semula masa depan Malaysia dalam 250 perkataan atau kurang.

10 penyertaan teratas akan menerima Grab gift card bernilai RM150 dan karya mereka akan dipaparkan di laman web dan platform media sosial Project Future Malaysia.

TARIKH-TARIKH PENTING

  • Tarikh akhir untuk penyerahan:
    30 Disember 2021
  • Penyertaan yang berjaya akan diumumkan pada:
    5 Januari 2022


BANTU KAMI TINGKATKAN PERBINCANGAN DAN PERKEMBANGAN PROJEK INI

Project Future Malaysia ingin mewujudkan ruang bagi membimbing visi masa depan yang luas untuk Malaysia. Perspektif ini merangkumi hubungan yang lebih mendalam dengan sains, teknologi dan pelbagai bentuk seni dalam medium sastera, falsafah, filem dan muzik. Dengan membayangkan semula dan mewujudkan alternatif yang lebih baik untuk masa depan Malaysia, kita membebaskan diri dari andaian kita sendiri tentang apa yang mungkin. Kemudian, kita dapat membayangkan jalan ke hadapan dengan visi yang lebih berani dan pelbagai halian penuh harapan untuk masa depan Malaysia. Sekiranya anda memiliki visi yang sama dengan projek ini, kami menjemput anda untuk menyokong projek ini melalui kerjasama dan perbincangan.

Sebagai usaha bukan untung, kami mengalu-alukan pemberi dana, rakan kongsi dan kolaborator yang mempunyai nilai selaras dengan kami. Kami turut menerima cadangan pengaturcaraan, penambahbaikan atau pembetulan dalam laman web dan projek ini.

HAK CIPTA

Hak cipta karya seni dan teks tetap dimiliki oleh pemilik hak cipta.Sila rujuk Project Future Malaysia dan pemilik hak cipta ini jika anda menggunakan gambar atau maklumat dari laman web ini.

PROJECT SUPPORTER:

Chevening, Project Sponsor for Project Future Malaysia